|
STRATEGI PELAKSANAAN |
|
PERKONGSIAN PINTAR RAKAN BESTARI |
||||||
|
Fokus utama kami ialah kepada ibu-bapa dan AJK PIBG yang ada antara mereka masih kosong dengan pengetahuan apa itu ICT. Demi untuk menyedarkan mereka bahawa pendidikan kini dan kehidupan pada masa akan datang yang tidak dapat memisahkan pengetahuan berkenaan ICT, maka adalah perlu sekali mereka didedahkan dengan apa itu ICT. Kekuatan kami ialah ada kumpulan murid yang terdiri daripada anak-anak mereka. Kekuatan mereka adalah berdasarkan pengetahuan sedia ada yang ada pada mereka berkenaan komputer, latihan berkenaan membuka akaun dan menggunakan emel percuma Yahoo! telah didedahkan kepada mereka dalam aktiviti Ko-Kurikulum sejurus sahaja selepas kami menghantar proposal kepada pihak Maxis. Melalui beberapa siri aktiviti yang bermula dengan membuka akaun, menulis emel dan menggunakan emel sebagai alat untuk menghantar tugasan kepada guru, kemahiran mereka semakin mantap. Dengan kemantapan yang ada pada mereka inilah, kami gunakan murid-murid ini sebagai rakan pembimbing kepada kumpulan sasaran kami yang lain, terutamanya ibu-bapa mereka sendiri. Melalui pemerhatian semasa hari pelaksanaan kursus dan melalui temubual kami dengan ibu-bapa mereka telah melahirkan perkara-perkara berikut;
Itulah antara kesan dan hasil yang kami dapat setelah 2 hari melaksanakan projek yang kami rancangkan. Kami juga telah memberi ruang dan kemudahan kepada ibu-bapa serta ajk PIBG yang berminat untuk datang ke sekolah pada waktu rehat dan selepas waktu persekolahan sekiranya mereka ingin memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran mereka. Untuk itu kami telah menyediakan kemudahan pembimbing di Bilik Pusat Akses Sekolah dan Makmal Komputer (sekiranya tidak digunakan untuk aktiviti sekolah) kepada yang berminat. Ternyata strategi ini berjaya menarik beberapa orang ibu-bapa telah datang untuk menggunakan komputer di sekolah kami. Kedatangan mereka kami layan dengan mesra dan cuba menjadikan mereka selesa dan seronok dengan pengalaman baru yang mereka perolehi. Oleh kerana ada beberapa ibu-bapa yang berminat untuk membeli komputer secara ansuran, kami telah menghubungi sebuah premis komputer yang menjual komputer secara ansuran. Kami sedang dalam perancangan untuk mempertemukan pengusaha premis komputer dengan para ibu-bapa yang berminat untuk membeli komputer pada di sekolah kami nanti. Insya Allah, kami akan sediakan laporan yang khusus berkenaan majlis ini nanti. Hal ini demikian, kerana inilah antara hasil yang kami dapat setelah mendedahkan mereka dengan ICT. Ianya patut dikongsi dengan umum kerana "kesedaran" mengenai sesuatu perkara itu perlu disuntik dengan sesuatu "pendedahan". Inilah antara pendedahan yang telah kami usahakan dan inilah "kesedaran" yang kami dapat lihat hasil dari komitmen kami kepada komuniti kami sempena Sambuatan 50 Tahun Kemerdekaan Negara. Terima kasih tidak terhingga kepada Penganjur dan Penaja Maxis Communties Bridging yang mengilhamkan usaha murni dan mulia seumpama ini. Jika tidak kerana gerimis; Takkan tumbuh padi di bendang; Jika tidak kerana iltizam Maxis; Kami mungkin terus akan ketinggalan. Saksikan beberapa foto yang sempat kami rakaman berkenaan kehadiran beberapa orang ibu-bapa yang datang untuk memantapkan pengetahuan mereka tentang ICT.
|